Ely's Recipe Book

Simple recipes by Ely & Friends

Sunday, July 03, 2005

Kueh Lapis Tepung Beras

Ely was busy in the kitchen today. Jadi sempatlah dia membuat kueh lapis, siap dgn gambar sekali! Oleh kerana loyang saya terkecil, jadi lapisannya 'very limited'. Jangan marah...

Image hosted by Photobucket.com

3 cawan air
1 gelas santan
Sedikit esen ros
2 cawan tepung beras 1 ½ cawan gula
Sedikit warna merah
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung

Masukkan kesemua bahan2 ke dalam blender dan blend selama 2 minit (supaya adunan tidak bergentel).
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Masukkan esen ros and pewarna merah ke dalam satu bahagian dan bahagian lagi satu di biarkan.
Masukkan loyang ke dalam kukusan dan biarkan ia panas.
Tuangkan satu senduk dari adunan (tidak kira warna) ke dalam loyang dan kukus selama 10 minit.
Tuang lah mengikut giliran warna sehingga habis.