Ely's Recipe Book

Simple recipes by Ely & Friends

Saturday, December 10, 2005

Sambal Goreng Pengantin

Bahan untuk rencah
Bahan2 yang dihiris :
3-4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
10 biji bawang kecil (atau 1/2 packet bawang goreng juga boleh)
3 inchi lengkuas

15 batang lada kering, diblend
10 batang lada kering, digunting halus (diagonally) dan direndam
1 tin santan
1-2 cawan air
garam dan gika secukup rasa


Bahan daging
1 kg daging lembu, direbus dan dipotong dadu
1 kg paru, direbus dan dipotong dadu
500 gm hati lembu, direbus dan dipotong dadu
1kg udang, dibuang kulit

Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan2 yang dihiris dan tumis sehingga wangi. Jika anda menggunakan bawang goreng, jangan masukkan dahulu.
Masukkan lada kering dan tumis sehingga garing.
Masukkan bahan2 daging kecuali udang, ke dalam periuk dan kacau.
Masukkan santan, air, garam dan gula secukup rasa dan biarkan sehingga ia setengah kering (kacau setiap 5 minit, api sederhana).
Masukkan bawang goreng dan ada kering yang dihiris dan biarkan masakan kering.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home