Sayur Lodeh
Here are some pictures of my girlfriends and my fiesta. It was at Deeny’s house and Deeny’s husband took the pictures. I was teaching the girls how to cook sayur lodeh.
Bahan yang dikisar
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 inchi lengkuas
Sedikit kunyit
Segenggam ikan bilis, di cuci dahulu
atau
Segenggam udang kering
2 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar
½ sudu besar jintan kasar, jika suka
½ sudu besar jintan halus, jika suka
1 batang serai
1 helai daun kunyit & daun limau purut (jika boleh jumpa di pasar)
Sayur-sayuran yang digoreng sebentar hingga layu sedikit dan ketepikan
½ kilo kacang panjang, di potong 1 ½ inchi panjang dan serong
¼ kobis, lebih jika kobis itu kecil
1 batang lobak merah, dipotong bulat
1-2 batang terung, dipotong 4, serong
1 biji sengkuang, sederhana besarnya, dihiris seperti French Fries
2 keping tempeh, dipotong serong setbela 2 inchi, di goreng dahulu dan diketepikan
2 keping tahu. Dipotong empat, di goreng dan di ketepikan
4-6 cawan santan
Seikat suhun
Sedikit tahu kering & cendawan kering, jika suka
Garam secukup rasa
Panaskan minyak dan masukkan serai dan daun kunyit serta daun limau purut sehingga ia wangi.
Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga garing dan naik baunya.
Masukkan santan dan kacau di atas api sederhana (jangan terlalu panas kerana nanti pecah santan).
Masukkan sayuran, tahu dan tempeh dan kacau rata.
Bubuh garam secukup rasa dan masukkan tahu kering, suhun dan cendawan kering dan biarkan ia mendidih di atas api perlahan.
Jika ingin lebih pedas dan kelihatan 'berwarna', boleh juga masukkan 1 sudu besar sambal tumis ke dalam kuah lodeh dan kacau.
Bolehlah dihidangkan dengan ketupat ataupun lontong.