Ely's Recipe Book

Simple recipes by Ely & Friends

Sunday, July 10, 2005

Bergedil

This is my family’s favorite side dish.

8 biji kentang sederhana besarnya, dipotong bulat, digoreng
½ kilo daging cincang
Sedikit bawang goreng
Sedikit buah pala
2 biji telur
Sedikit daun sop + daun bawang, atau daun ketumbar jika suka
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Tumbuk kentang yang telah digoreng sehingga HALUS.
Masukkan daging cincang, sebiji telur (ini akan membuat bulatan bergedil supaya tidak mudah pecah), daun sop + bawang, bawang goreng, buah pala (dipasak ke dalam adunan) and sedikit garam dan gaul rata.
Ramas, bulatkan dan leperkan adunan seperti kelihatan seperti bergedil.
Panaskan minyak.
Pukul 1 biji telor di dalam mangkuk.
Apabila minyak sudah panas, celurkan bergedil ke dalam telor dan masukkan ke dalam minyak,

TIP : minyak harus panas sekali sebelum menggoreng bergedil. Api juga harus sedikit besar dari biasa supaya bergedil tidak mudah pecah.

8 Comments:

Blogger lilheaven said...

ah'hah.. purrr-fect. just what i was waiting for. bergedil is oso my peberet. just in tima! was planning to cook nasi lemak for my students next week. =)

thanx! keep it up!

12:56 AM  
Blogger Ely said...

lilheaven, jangan tak jadi ok! kalau ada gambar ambik seklai then i boleh tumpang tampal!

8:14 PM  
Blogger 1na said...

eemmm... menyibuk sikit... buah pala pasak dalam adunan tu camne? sorry tak paham la.... bluurrr la ... jgn mare hihihihi

12:55 AM  
Blogger Ely said...

1na, do u have the hand grater? take the buah pala and grate it over the adunan.

geddit? kalau tak boleh tanya lagi, takper.

6:28 AM  
Blogger 1na said...

oooo... i get it...

if not, i imagine mcm nie.

Buah pala diptg 4. ambik 1/4 buah pala and cucuk dalam adunan.... kah kah kah...
i paham pasak camtu...
nasib baik i tanya...if not... seketul buah pala bergedil i ....

=)) jgn mare...

6:55 PM  
Blogger zammy yammy said...

i tink de buah pala is optional...cos my mum never puts it inside..and the bergedils taste great as well! :)

8:28 PM  
Blogger Ogy said...

500 gm kentang, kupas kulit, hiris dan goreng
1 cawan daging/isi ayam kisar
6 biji bawang putih, cincang halus
2 biji bawang besar, potong dadu
1 pokok daun bawang, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1/4 batang carrot, potong kiub, kecil-kecil
1 merah telur
2 biji telur
Minyak untuk mengoreng

Cara:
1. Goreng daging/ isi ayam dengan bawang putih hingga masak. Keluarkan dari kuali.
2. Tumbuk kentang yang telah digoreng hingga lumat
3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali 2 biji telur
4. Uli bahan diatas.
5. Bentukkan bulat atau bujur. Leperkan sedikit
6. Panaskan minyak
7. Celupkan bergedil dalam telur yang telah dipukul dan goreng tenggelam.
8. Angkat bila telah kuning.
9. Hidangkan dengan sos cili

i punya lain sikit. tak letak buah pala dan dagingnya digoreng dulu.

nak try ur version jugak nanti nih.

kak g

9:48 PM  
Blogger Ely said...

1na, u make me laugh hehehe. nanti tercekik jugak buah pala tuh!

zammy, yes the buah pala is optional. but i love it with buah pala. but the not optional part is mesti lecek sampai halus dan minyak mesti panas sekali.

thanks kak G. yes some goreng the daging also. mcm2 cara mak2 kita eh? hehehe

5:18 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home